LAPORAN REFLEKSI UJIAN SEGAK DAN BLEEP
Pengenalan
Kecergasan didefinisikan sebagai keadaan
yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan
bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan
mengurangkan risiko masalah kesihatan (Sakurna, Normah, Thillainathan, 2012). Oleh
itu, dapat kita simpulkan bahawa kecergasan ialah kemampuan seseorang melakukan
aktiviti dengan cekap tanpa berasa letih serta mampu untuk melakukan aktiviti
yang lebih mencabar.
Refleksi
Setiap pelajar PPISMP telah
diwajibkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil subjek GKK
1043 iaitu Kesihatan dan Kecergasan Diri yang bertujuan untuk melahirkan
guru-guru yang sihat tubuh badan. Saya telah menjalani ujian SEGAK dan ujian
bleep bagi memenuhi tugasan kerja kursus GKK 1043 tahun 2019. Ujian ini telah dijalankan
sebanyak dua kali iaitu bagi ujian pra pada 4 Julai 2019 manakala ujian post
pula dijalankan pada 12 September 2019. Ujian SEGAK terdiri daripada ujian naik
turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.
Jadual
di bawah menunjukkan keputusan kedua-dua ujian tersebut:
PERKARA
|
UJIAN
PRA
|
UJIAN
POST
|
|
Berat (kg)
|
45.2
|
45.8
|
|
Tinggi (cm)
|
164
|
163.8
|
|
BMI (Body Mass Index) (kg/m2 )
|
16.8
|
17.1
|
|
|
Naik Turun Bangku
(bilangan nadi)
|
148
|
123
|
Tekan Tubi
|
25
|
31
|
|
Ringkuk Tubi Separa
|
14
|
25
|
|
Jangkauan Melunjur
|
32.5
|
34
|
|
Bleep
|
3/4
|
3/7
|
BMI atau Indeks Jisim Badan adalah
ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian. Berdasarkan
keputusan yang telah direkodkan, bagi BMI semasa ujian pra dilaksanakan ialah
16.8 kg/m2 manakala bagi ujian post ialah 17.1kg/m2. Keputusan
ini menunjukkan peningkatan yang baik, tetapi saya masih diklasifikasikan
sebagai kurang berat badan. Saya seharusnya menambah berat badan dengan cara
yang sihat supaya berada dalam kelas berat badan unggul iaitu diantara 18.5 dan
24.9kg/m2 contohnya, mengamalkan makan secara sihat , dengan memilih
dan makan perlbagai jenis makanan setiap hari berpandukan piramid makanan serta
memilih snek yang pdat dengan nutrient bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
Seterusnya, ujian naik turun bangku
bertujuan mengukur daya tahan kardiovaskular. Keputusan menunjukkan penurunan
bilangan nadi sebanyak 25 iaitu dari 148 kepada 123 seminit dan menunjukkan
peningkatan daya tahan kardiovaskular. Hal ini kerana, saya telah menjalani
aktiviti seperti mendaki bukit, senamrobik yang memberi kesan positif terhadap
daya tahan kardiovaskular. Selain itu, ujian tekan tubi pula bertujuan mengukur
daya tahan otot tangan dan bahu dan keputusan juga menunjukkan peningkatan yang
baik iaitu daripada 25 kepada 31. Aktiviti
“hand hamstring curl” merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi.
Ujian seterusnya ialah ringkuk tubi
separa yang betujuan mengukur daya tahan dan kekuatan abdomen. Keputusan ujian
bagi pra menunjukkan jumlah bagi kategori ini ialah 14 manakala ujian post ialah
25. Hal ini menunjukkan peningkatan yang positif kerana sebelum ujian post dijalankan,
saya telah melakukan praktis ringkuk tubi separa secara berkala.
Ujian seterusnya ialah ujian jangkauan
melunjur yang bertujuan untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang
badan dan otot hamstring. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi, ia telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 1.5cm iaitu dari 32.5cm kepada 34cm.
Peningkatan positif ini mungkin dipengaruhi oleh aktiviti regangan yang telah
saya lakukan secara berkala sebelum ujian post dijalankan.
Ujian yang terakhir ialah ujian bleep.
Ujian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kecergasan individu tesebut.
Merujuk kepada data yang direkod, pencapaian tahap ujian bleep semakin
meningkat iaitu daripada aras 3/4 kepada aras 3/7. Perkara ini kemungkinan
besar dipengaruhi oleh aktiviti yang telah saya lakukan seperti berjoging di
sekitar kampus pada waktu petang, berjoging ke pantai pada hujung minggu dan
melakukan latihan larian padang beberapa pusingan seminggu sebelum ujian post
dijalankan.
Kesimpulannya, aktiviti senaman yang
telah dijalankan sepanjang minggu sebelum ujian post membuahkan hasil apabila saya
berjaya meningkatkan prestasi ujian SEGAK dan ujian bleep sekaligus menunjukkan
peningkatan dalam kecergasan fizikal. Sepertimana yang kita sedia maklum, kecergasan
dan kesihatan diri adalah amat penting bagi menjamin kehidupan yang bebas penyakit
kronik seperti diabetes dan obesiti. Dengan ini, saya menyeru kepada masyarakat
di luar sana agar mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat menjalani kehidupan
yang lebih baik pada masa hadapan.
Rujukan
Malaysia, B. P.
(2016). Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia .
http://www.myhealth.gov.my/ -diakses
pada 17 September 2019
http://fadzilibrahim.blogspot.com/-
diakses pada 17 September 2019